Jumaat, 9 November 2012

~ Kenali 10 Sahabat Rasullullah SAW Yang Dijanjikan Syurga ~


Siapakah antara yang telah dijanjikan Allah untuk masuk syurga?
Berikut adalah 10 sahabat nabi yang telah dijanjikan syurga oleh Allah.

1. Abu Bakar As-Siddiq ra.
Beliau adalah khalifah pertama sesudah wafatnya Rasulullah Saw. Selain itu Abu bakar juga merupakan laki-laki pertama yang masuk Islam, pengorbanan dan keberanian beliau tercatat dalam sejarah, bahkan juga didalam Quran sebagaimana berikut :
“Jikalau tidak menolongnya (Muhammad) maka sesungguhnya Allah telah menolongnya (yaitu) ketika orang-orang kafir (musyrikin Mekah) mengeluarkannya (dari Mekah) sedang dia salah seseorang dari dua orang (Rasulullah dan Abu Bakar) ketika keduanya berada dalam gua, diwaktu dia berkata kepada temannya:”Janganlah berduka cita, sesungguhya Allah bersama kita”. Maka Allah menurunkan ketenangan kepada (Muhammad) dan membantunya dengan tentera yang kamu tidak melihatnya, dan Allah menjadikan seruan orang-orang kafir itulah yang rendah. Dan kalimat Allah itulah yang tinggi. Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (Surah At-Taubah ayat ke-40)
Abu Bakar Siddiq meninggal dalam umur 63 tahun, daripada beliau diriwayatkan 142 hadits.

2. Umar Bin Al-Khattab ra.
Beliau adalah khalifah kedua sesudah Abu Bakar, dan termasuk salah seorang yang sangat dikasihi oleh Nabi Muhammad Saw semasa hidupnya. Sebelum memeluk Islam, Beliau merupakan musuh yang paling ditakuti oleh kaum Muslimin. Namun semenjak ia bersyahadah dihadapan Rasul (tahun keenam sesudah Muhammad saw diangkat sebagai Nabi Allah), ia menjadi salah satu benteng Islam yang mampu menyurutkan perlawanan kaum Quraish terhadap diri Nabi dan sahabat. Dijaman kekhalifaannya, Islam berkembang seluas-luasnya dari Timur hingga ke Barat, kerajaan Parsi dan Rom Timur dapat ditaklukkannya dalam waktu hanya satu tahun. Beliau meninggal dalam umur 64 tahun, dikuburkan berdekatan dengan Abu Bakar dan Rasulullah dibekas rumah Aisyah yang sekarang terletak didalam masjid Nabawi di Madinah.

3. Usman Bin Affan ra.
Khalifah ketiga setelah wafatnya Umar, pada pemerintahannyalah seluruh tulisan-tulisan wahyu yang pernah dicatat oleh sahabat semasa Rasullulah SAW hidup dikumpulkan, kemudian disusun menurut susunan yang telah ditetapkan oleh Rasulullah Saw sehingga menjadi sebuah kitab (suci) sebagaimana yang kita dapati sekarang. Beliau meninggal dalam umur 82 tahun (ada yang meriwayatkan 88 tahun) dan dikuburkan di Baqi’.

4. Ali Bin Abi Talib ra.
Merupakan khalifah keempat, beliau terkenal dengan ilmu pengetahuan yang tinggi. Selain Umar bin Khatab, Ali bin Abi Thalib juga terkenal keberaniannya didalam peperangan. Beliau sudah mengikuti Rasulullah sejak kecil dan hidup bersama Rasullullah sehingga wafatnya. Ali Bin Abi Thalib meninggal dalam umur 64 tahun dan dikuburkan di Koufah, Iraq sekarang.

5. Thalhah Bin Abdullah ra.
Masuk Islam dengan perantaraan Abu Bakar Siddiq ra, selalu aktif disetiap peperangan selain Perang Badar. Didalam perang Uhud, beliaulah yang mempertahankan Rasulullah Saw sehingga terhindar dari mata pedang musuh, sehingga putus jari-jari beliau. Thalhah Bin Abdullah gugur dalam Perang Jamal dimasa pemerintahan Ali Bin Abi Thalib dalam usia 64 tahun, dan dimakamkan di Basrah.

6. Zubair Bin Awaam
Memeluk Islam juga kerana Abu Bakar Siddiq ra, ikut berhijrah sebanyak dua kali ke Habasyah dan mengikuti semua peperangan. Beliau pun gugur dalam perang Jamal dan dikuburkan di Basrah pada umur 64 tahun.

7. Sa’ad bin Abi Waqqas
Mengikuti Islam sejak umur 17 tahun dan mengikuti seluruh peperangan, pernah ditawan musuh lalu ditebus oleh Rasulullah dengan ke-2 ibu bapanya sendiri sewaktu perang Uhud. Meninggal dalam usia 70 (ada yang meriwayatkan 82 tahun) dan dikuburkan di Baqi’.

8. Sa’id Bin Zaid
Sudah Islam sejak kecilnya, mengikuti semua peperangan kecuali Perang Badar. Beliau bersama Thalhah Bin Abdullah pernah diperintahkan oleh Rasullullah saw untuk memantau gerakan musuh (Quraish). Meninggal dalam usia 70 tahun dikuburkan di Baqi’.

9. Abdurrahman Bin Auf
Memeluk Islam sejak kecilnya melalui Abu Bakar Siddiq dan mengikuti semua peperangan bersama Rasul. Turut berhijrah ke Habsyah sebanyak 2 kali. Meninggal pada umur 72 tahun (ada yang meriwayatkan 75 tahun), dimakamkan di baqi’.

10. Abu Ubaidillah Bin Jarrah
Masuk Islam bersama Usman bin Math’uun, turut berhijrah ke Habsyah pada peringkat kedua dan mengikuti semua peperangan bersama Rasulullah Saw. Meninggal pada tahun 18 H di urdun (Syam), dan dimakamkan di Urdun yang sampai saat ini masih sering diziarahi oleh kaum Muslimin.

Itulah 10 sahabat baginda yang dijanjikan Allah dengan syurga. Iman dan Amal mereka sangat hebat sehingga mendapat ganjaran yang tinggi daripada Allah sejak mereka hidup lagi. Kita semua pasti mahu ke syurga kerana di sana terdapat infiniti keindahan dan kesenangan. Akhirat itu pasti. Mari tingkatkan amal dan iman untuk menghadapi akhirat.

KEMATIAN PADA MALAM PERKAHWINANNYA! [Kisah benar]

 Gambar Hiasan

Selepas melaksanakan Solat Maghrib, dia mulakan make-up pada wajahnya, memakai pakaian pengantin putih yang cantik, mempersiapkan dirinya untuk majlis perkahwinannya sendiri, kemudian dia terdengar azan 'Isyak dan menyedari bahawa wuduknya telah terbatal. Lalu dia berkata kepada ibunya: "Mak, saya perlu ambil wuduk dulu dan solat 'Isyak "

Ibunya 
terkejut: "Apa kamu gila?!! Tetamu sedang menunggu, untuk melihat kamu! Bagaimana dengan make-up? ! Nanti habis dirosakkan oleh air."
Tambah ibunya lagi: "Sebagai ibu, mak tak izinkan kamu solat sekarang! Wallahi... jika kamu ambil wuduk sekarang, mak akan tetap memarahi kamu."
Anak perempuannya menjawab: "Wallahi... saya tidak akan pergi dari sini sehingga saya melakukan solat! Ibu sepatutnya tahu bahawa tidak ada ketaatan kepada mana-mana makhluk agar menderhaka kepada Maha Pencipta.!!”

Ibunya berkata: "Apa kata tetamu nanti jika kamu muncul dalam majlis perkahwinan sendiri tanpa make-up?! Tentu nampak hodoh atau tidak cantik di mata mereka! Mereka pasti akan mentertawakan kamu! "

Sambil tersenyum, anak perempuan itu bertanya: "Adakah ibu bimbang kerana saya tidak cantik di mata mereka? Bagaimana pula dengan Maha Pencipta saya? Saya bimbang kerana, jika saya terlepas solat saya, saya tidak lagi cantik di mata-Nya "

Dia mula berwuduk, dan semua make-up pada wajah telah hilang, tetapi dia tidak peduli.

Kemudian dia memulakan solat itu dan pada masa dia turun untuk sujud, dia tidak sedar bahawa ia akan menjadi satu sujud yang terakhir!

Ya! Beliau meninggal dunia ketika dalam sujud! Pengakhiran yang besar bagi Muslimah yang berkeras untuk mentaati Tuhannya! Ramai antara mereka yang mendengar cerita ini begitu tersentuh!!

Beliau mengutamakan Allah dan ketaatan kepadaNya sebagai yang pertama dalam keutamaan hidup beliau, jadi pengakhiran terbaik yang dianugerahkan oleh Allah pada mana-mana umat Islam yang layak memilikinya!

Dia mahu menjadi lebih dekat kepada-Nya, maka Allah mengambil nyawanya pada saat di mana umat Islam berada paling dekat kepada-Nya! SubhanAllah!

Dia tidak peduli jika dia tidak indah di mata makhluk, asalkan dia cantik pada Maha Pencipta!

Wahai saudari Muslimah, bayangkan jika anda berada di tempat itu! Apa yang anda akan lakukan? Apa yang anda akan pilih: pujian manusia atau Maha Pencipta?

Wahai sekelian insan! Adakah kita ada jaminan bahawa kita akan hidup untuk minit seterusnya? Jam? Atau bulan?!!
Tiada siapa tahu apabila saat mereka akan datang? Atau bila kita akan bertemu malaikat Maut? Jadi, adakah kita bersedia untuk saat itu?

Wahai muslimah! Apa yang anda pilih: bersantai tanpa hijab atau dirahmati Allah dengan memakai hijab?

Adakah kita bersedia untuk menemui Allah tanpa hijab?

Para Muslimin sekalian, yang mempunyai "hubungan halal" atau "hubungan bebas", adakah kita bersedia untuk menghadapi hari akhirat? Esok?! Apa yang anda pilih? keseronokan dunia sementara ini atau kesenangan di akhirat?!

Semoga Allah membimbing kita semua untuk keredhaan-Nya dan memberikan kepada semua orang yang membaca kisah ini mendapat pengakhiran yang baik, amin.

[Diceritakan oleh Syeikh ‘Abdul Mohsen al Ahmad’, ia berlaku di Abha (Ibu Negeri Asir di Arab Saudi)]

Mizan Dan Titian..

Abu Daud mengeluarkan dari al-Hasan, dari Aisyah, dia menangis Rasulullah SAW bersabda:
 Gambar Hiasan


"Apa yang membuatmu menangis?" Dia menjawab, "Aku teringat tentang Neraka." Maka aku menangis. Apakah engkau mengingat keluargamu pada hari Kiamat?" Nabi SAW menjawab, "Adapun pada tiga tempat, maka tidak seorang pun ingat kepada orang lain, iaitu di hadapan Mizan sebelum tahu ringan atau berat timbangnya.
Ketika suhuf berterbangan sebelum tahu apakah dia menerima dengan tangan kanan atau dengan tangan kirinya.
Dan di sisi Sirat (titian) ketika di letakkan di atas Neraka sebelum dia tahu apakah akan boleh melaluinya dengan selamat atau tidak."

At-Tirmizi, "Dari Anas bin Malik RA, dia berkata, "Aku bermohon kepada Rasulullah SAW agar memberiku syafaat pada hari Kiamat, baginda bersabda:
"Insya-Allah aku akan melakukannya." Aku bertanya, "Di mana aku mesti mencariMu?" Baginda menjawab,
"Pertama kali kau cari aku pada sirat." Aku bertanya lagi, 
"Jika aku tidak menemukan engkau di Sirat?" 
Baginda menjawab, "Carilah aku di Mizan." 
Ku tanya lagi, "Bila aku tidak menemukanMu di Mizan?"
Baginda lalu berkata, "Carilah aku di telaga. Sungguh aku tidak akan berada di tiga tempat ini."

Al-Hakim merawikan, "pada hari Kiamat, Mizan diletakkan. Kalau saja langit dan bumi ditimbang dan diletakkan tentulah muat. Kemudian Malaikat bertanya, "Ya Tuhanku, untuk menimbang siapa ini?" Allah berfirman, "Untuk makhluk-Ku yang aku kehendaki." 
Malaikat berkata, "Maha Suci Engkau, ibadahku telah menjadi milik Engkau." 
Kemudian titian diletakkan bagaikan tajamnya pisau.
Malaikat bertanya, "Siapakah yang akan selamat meniti titian ini?"
Allah menjawab, "Makhluk-Ku yang aku kehendaki."
Malaikat bertanya, "Maha Suci Engkau, ibadahku telah menjadi hak Engkau."

Dari Ibnu Mas'ud RA dia berkata, "Titian itu terletak di atas Jahanam. Tajamnya bagai mata pedangnya amat licin.
Ada kilatan apinya.
Setengah mereka ada yang melaluinya bagai kilat menyambar, tentu saja selamat.
Ada yang melaluinya seperti angin. 
Namun akhirnya selamat.
Ada yang seperti larinya kuda.
Ada yang seperti orang berlari.
Ada orangyang berjalan cepat.
Ada yang berjalan seperti biasa.
Ada juga yang merangkak dengan kepayahannya, tapi
akhirnya berkat kemurahan dan kemuliaan Allah, dia masukkan juga ke Syurga.
Kemudian dikatakan kepadanya, "Bergembiralah engkau dan mintalah!"  
Dia berkata, "Adakah yang disediakan untukku? Engkau Tuhan Yang Maha Mulia."
Dikatakan lagi padanya, "Bergembiralah dan mintalah."
Sehingga dia tidak ada keinginan lagi. 
Allah berkata,
"Untukmu apa yang kau minta."

Iman Muslim merawikan dari Ummi Mubasyir al-Anshari, dia mendengar Rasulullah SAW bersabda di sisi Hafsah RA:
"Tidak akan masuk Neraka orang yang ikut berbait di bawah pohon, insya-Allah." Hafsah berkata, "Benar, wahai Rasulullah."
Rasulullah SAW membentaknya. Kemudian Hafsah, "Tapi setiap orang pasti melaluinya (Neraka)."

Rasulullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya Allah SWT berfirman, "Kemudian kami selamatkan orang-orang yang bertaqwa dan kami biarkan orang-orang aniaya dalam Neraka dengan berlutut." (Q.S. Maryam: 72)

Imam Ahmad merawikan, "Sekelompok ulama berbeza pendapat tentang di Neraka. Setengah mereka mengatakan, "Orang mukmin tidak akan masuk ke dalam Neraka." 
Lalu setengah yang lain berkata, "Semua orang mukmin masuk ke dalam Neraka. Kemudian Allah menyelamatkan orang-orang yang bertaqwa."
Maka setengah mereka bertanya kepada Jabir bin Abdullah RA, lalu dia jawab, "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

"Yang baik mahupun yang jahat, semuanya masuk ke dalam Neraka.
Hanya Neraka itu dingin dan selamat bagi orang-orang mukmin sebagaimana bagi Ibrahim dahulu.

"Kemudian kami selamatkan orang-orang yang bertaqwa dan kami biarkan orang-orang teraniaya dalam Neraka dengan berlutut."
(Q.S. Maryam: 72)

Al Hakim merawikan, "Semua orang masuk ke Neraka. Kemudian mereka keluar darinya kerana amal mereka. 
Pertama, mereka seperti sambaran kilat,
kemudian seperti tiupan angin, 
kemudian seperti orang yang menunggang kuda,
kemudian seperti lelaki yang perkasa dan kemudian ada yang seperti berjalan biasa."



Berkat Berselawat Ke Atas Nabi


PADA satu hari Abu Laits bin Samarqandi, seorang ahli fikah yang masyhur sedang dalam perjalanan bermusafir bersama-sama dengan ayahnya. Di pertengahan jalan, tiba-tiba ayahnya jatuh sakit. Abu Laits telah berhenti daripada meneruskan perjalanan untuk merawat  ayahnya tetapi takdir menetukan, ayahnya meninggal dunia.
Sebagai musafir sudah tentu menjadi masalah untuk menguruskan jenazah ayahnya apatah lagi dia hanya berdua sahaja dengan ayahnya.
Dia terpaksa mencari jika ada kafilah yang lalu lalang untuk meminta pertolongan tetapi hampa.
Tetapi Abu Laits tidak berputus asa.
Dia tidak mahu meninggalkan jenazah ayahnya di situ bersendirian.
Ketika sedang menunggu pertolongan tiba, tiba-tiba dia melihat jenazah ayahnya bertukar menjadi hitam pekat.
"Mengapa wajah ayahku tiba-tiba sahaja berubah?
mengapa ini berlaku, apakah kesalahan yang telah ayahku lakukan?" 
Pelbagai pertanyaan mengganggu benaknya. Akhirnya dia tertidur kerana terlalu letih menunggu pertolongan daripada kafilah yang lalu lalang.
Ketika tertidur itu dia bermimpi didatangi oleh seseorang yang bercahaya wajahnya serta elok paras rupanya.
"Siapakah saudara?" Tanya Abu Laits yang tidak pernah melihat wajah lelaki itu.
"Saya Muhammad bin Abdullah," kata lelaki itu.

Mendengar nama itu, barulah dia tersedar nama itu sebenarnya Rasulullah SAW. Abu Laits sangat gembira tidak terkata lalu bertanya, "Ya Rasulullah. Apakah maksud dan tujuan tuan datang ke mari?"
"Saya datang kerana hendak menziarahi jenazah ayahmu,"
beritahu Rasulullah SAW.

Abu Laits kemudian menceritakan apa yang sebenarnya telah berlaku ke atas ayahnya. Setelah Abu Laits mengizinkan, Rasulullah SAW membuka kain yang menutupi wajah ayahnya.
Setelah membuka dan melihat wajah jenazah ayah Abu Laits, Rasulullah SAW terus berdoa kepada Allah. Ketika itu juga Abu Laits melihat wajah ayahnya berubah daripada gelap dan bercahaya-cahaya.

"Ya Rasulullah. Apakah yang menyebabkan wajah ayah saya berubah menjadi hitam?" 
Abu Laits ingin tahu.

"Semasa ayahmu hidup, dia telah melakukan dosa yang orang lain tidak mengetahuinya. Tetapi pada satu malam, ketika orang lain sedang nyenyak tidur, dia telah bangun dan merintih kepada Allah.
Dia mengadu kepada Allah mengenai dirinya yang sering berbuat dosa kerana tidak mampu melawan hawa nafsunya. 
Bagaimanapun ayahmu sentiasa membasahi lidahnya dengan berselawat ke atasku. Oleh sebab itu, pada hari kematiannya Allah memerintahkan aku datang untuk menziarahi mayatnya." 
Beritahu Rasulullah SAW.
Sebaik sahaja memberitahu rahsia itu, Abu Laits tersedar daripada mimpinya. Dia membuka kain yang menutupi wajah ayahnya. 
Ternyata wajah ayahnya sudah berubah seperti biasa dan berseri-seri. Tidak lama kemudian datanglah kafilah membantu menguruskan jenazah ayahnya.

Selasa, 6 November 2012

TAKUT KEPADA ALLAH SWT


Tersebut dalam sebuah hadis. Dari Rasulullah SAW, baginda bersabda:
 Gambar Hiasan

"Sesungguhnya Allah menciptakan malaikat. Sayapnya yang sebelah mencapai bumi bahagian timur. Yang sebelah lagi mencapai bumi bahagian barat. Kepalanya di bawah Arasy dan kedua kakinya di dasar bumi ketujuh. Ia mempunyai bulu sebanyak bilangan makhluk Allah.
Ketika seorang lelaki atau perempuan daripada umatku membaca selawat kepadaku, maka Allah memerhatikan malaikat itu agar menyelam ke dalam lautan dari Nur di bawah Arasy. Malaikat yang menyelam itu kemudian keluar dan mengibas-ngibaskan sayapnya sehingga setiap bulu menitis setitis Nur. Daripada setiap titisan itu Allah menjadikan Malaikat yang memohonkan keampunan bagi orang tersebut sampai hari kiamat."

Setengah hukama mengatakan, "keselamatan jasad terletak pada sedikitnya makan. Keselamatan roh pada sedikitnya dosa. Dan keselamatan agama terletak pada membaca selawat kepada 'Khairil Anam' (Muhammad SAW)."

Allah SWT berfirman:
"Wahai orang-orang yang beriman, takutlah kepada Allah! Dan hendaklah (tiap-tiap) orang memerhatikan apa yang diusahakan besok (hari Kiamat). 
Takutlah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa-apa yang kamu kerjakan." 
(Q.S. Al Hasyr: 18)

Sesungguhnya Malaikat, langit, bumi, siang dan malam. Pada hari Kiamat, mereka sebagai saksi atas apa-apa yang dilakukan oleh manusia. Baik atau buruk, taat atau maksiat. Bahkan, seluruh anggota badan akan mempersaksikannya. Bumi memberi kesaksian bagi mukmin dan zahid, seraya berkata, "Dia telah bersolat, berpuasa, berhaji dan berjihad di atasku." Maka legalah orang mukmin dan zahid itu. Ia memberikan juga kesaksian atas orang kafir dan orang derhaka sambil berkata, "Di atasku dia telah musyrik, berzina, minum arak dan makan haram." 
Bumi itu akan membantah pengelakannya ketika di hisab.
Orang mukmin adalah orang yang takut kepada Allah dan seluruh anggota badannya. Sebagaimana Abu Laits telah berkata, 
"Tanda-tanda takut kepada Allah itu kelihatan dalam tujuh perkara."
Pertama, pada lisannya. Dia menghindarkan pada dusta, ghibah, menyebar fitnah, berbual kosong dan banyak bercakap. Malah menyibukkan diri dengan zikir, membaca al-Quran dan muzakarah ilmu.
Kedua, pada hatinya. Dia membuang rasa permusuhan, kebodohan dan kedengkian terhadap sahabatnya. Lantaran kedengkian dapat menghapuskan kebaikan. Sebagaimana Rasulullah SAW telah bersabda:
"Hasad itu dapat memakan kebaikan sebagaimana api membakar kayu."

Ketahuilah bahawa hasad itu penyakit hati yang amat berbahaya. Tidak ada ubat untuk penyakit hati selain dari ilmu dan amal.
Ketiga, pada pandangannya. Maka dia tidak suka memandang pada makanan, minuman, pakaian atau hal-hal lain yang haram.
Tidak pula terpikat pada dunia.
Tetapi dia memandangnya dengan mengambil iktibar. Rasulullah SAW telah bersabda:
"Barangsiapa memenuhi matanya dengan perkara haram, maka Allah akan memenuhinya daripada api pada hari Kiamat."

Keempat, pada perutnya, Maka perutnya tidak diisi barang yang haram. Itu dosa besar. Sebagaimana Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Manakala sesuap daripada barang haram masuk ke perut seseorang, maka seluruh Malaikat di langit dan di bumi melaknatinya selama sesuai atau seteguk barang itu berada di dalam perutnya. Jika dia mati dalam keadaan demikian, maka tempatnya di Neraka." 

Kelima, Pada kedua tangannya. Dia tidak menggunakan untuk perkara yang haram. Tetapi hanya menggunakannya untuk taat kepada Allah.
Dirawikan daripada Ka'ab Akhbar, dia berkata:
"Sesungguhnya Allah SWT telah menciptakan bangunan dari zabarjud hijau.
Di dalam terdapat tujuh puluh ribu aula. Setiap aula terdapat tujuh puluh ribu pondok. Tidak ada yang boleh masuk ke situ, selain orang yang ditawarkan barang haram, namun dia menolaknya kerana takut kepada Allah."
Keenam, pada langkah (kakinya). Dia tidak berjalan untuk maksiat. Tetapi hanya melangkah untuk taat kepada Allah, mencari keredhaan-Nya serta untuk bergaul dengan para ulama, orang-orang soleh.
Ketujuh, terlihat pada ketaatannya. Dia menjadikan ketaatannya semata-mata untuk mencari keredhaan Allah. Takut pada riak dan munafik.
Barangsiapa melakukan tujuh perkara tersebut maka dia termasuk dalam ketegori orang-orang yang dikatakan oleh Allah SWT:
"Sesungguhnya orang-orang yang takwa dalam kebun-kebun dan mata air (Syurga)." [Q.S. Al Hijr: 45]

Seolah-olah Allah mengatakan, "Sesungguhnya pada hari Kiamat mereka selamat daripada api Neraka."
Dan seharusnya seorang mukmin harus berada di antara rasa takut dan berharap. Dia harus sentiasa mengharapkan rahmat Allah. Tidak berputus asa mengharapkannya. Sebagaimana termaktub dalam firman Allah:
"Jangan engkau berputus asa terhadap rahmat Allah." [Q.S. Asy Syura: 28]

Dia harus sentiasa menyembah kepada Allah. Menghentikan perbuatan buruk. Serta bertaubat kepada Allah. 
Hikayat: Pada suatu hari Nabi Daud AS duduk di tempat peribatannya. Tiba-tiba dia melihat ulat merah. Maka dlam hati dia berkata:
"Apa kiranya kehendak Allah pada ulat ini?" Maka dengan izin Allah ulat itu berbicara seraya berkata, "Wahai Nabi Allah! Di siang hari Tuhanku mengilhamkan agar aku membaca 'SubhanAllah Wal Hamdulillah Wala-Ilaha Illa Allah' seribu kali. sedangkan di malam hari Tuhan mengilhamkanku agar membaca 'Allahumma Solli Ala Muhammadini Nabiyyil Ummiyyi Wa'ala Alihi Wasohbihi Wasallam' seribu kali. 
Lalu apakah yang engkau baca hingga aku ingin mengambil faedah daripadamu?"
Maka Nabi Daud AS amat menyesal menghina pada ulat itu. Dia merasa takut kepada Allah, lalu dia bertaubat dan bertawakkal kepada-Nya.
Nabi Ibrahim Al Khalil AS tatkala mengingatkan kesalahannya, berasa amat sedih dan risau hatinya.  Kemudian Allah mengutuskan Jibril AS datang kepadanya seraya berkata, "Allah kirim salam kepada engkau dan berkata, "Adakah engkau melihat seseorang takut kepada kekasihnya?" Kemudian Jibril AS menjawab, "Jika aku ingat kesalahanku dan memikirkan seksaan-Nya, maka lupalah bahawa aku kekasih-Nya." Demikianlah akan keadaan para nabi, wali, orang soleh dan orang-orang zuhud.

Sabtu, 3 November 2012

~ Si Pencari Tuhan ~

Ada sebuah kisah menarik daripada akhir kehidupan si pencari tuhan yang diriwayatkan oleh Abdul Wahid Bin Zaid dalam kitabnya 'Miah Qishshah Min Qashshah.' Beliau menceritakan:
                                                                    Gambar Hiasan 

"Ketika kami menaiki sebuah perahu, angin kencang menerpa perahu kami sehingga kami terdampar disebuah pulau.
Kami turun ke pulau itudan mendapati seorang lelaki sedang menyembah patung. Kami bertanya kepadanya, "Di antara kami, para penumpang perahu ini, tidak ada yang melakukan seperti yang kamu lakukan." Dia bertanya, "Kalau demikian, apa yang kalian sembah?" Kami menjawab, "Kami menyembah Allah." Dia bertanya, "Siapakah Allah?" Kami menjawab, "Zat yang memiliki istana dilangit dan kekuasaan dimuka bumi." Dia bertanya, "Bagaimana kamu boleh mengetahuinya?" Kami jawab, "Zat tersebut telah mengutusksn seorang rasul kepada kami dengan membawa mukjizat yang jelas. Rasul itulah yang menerangkan kepada kami mengenai hal itu." Dia bertanya, "Apa yang dilakukan oleh rasul kalian?" kami menjawab, "Setelah baginda menyampaikan risalah-Nya, Allah SWT mencabut rohnya, kini utusan itu telah wafat." Dia bertanya, "Adakah dia tidak meninggalkan sesuatupun tanda pada kalian?" Kami menjawab, "Dia meninggalkan Kitabullah untuk kami." Dia berkata, Cuba kalian tunjukkan kitab suci itu kepadaku!" Kemudian, kami memberikan mushaf al-Quran kepadanya. Dia berkata "Alangkah bagusnya bacaan yang terdapat di dalam mushaf itu." Kami lalu membacakan beberapa ayat untuknya.
Tiba-tiba, dia menangis dan berkata, "Tidak sepatutnya Zat yang memiliki firman ini diderhakai." Lantas dia memeluk islam dan menjadi muslim yang baik.

Dia meminta agar kami mengizinkannya ikut serta dalam pelayaran. 
Kami pun bersetuju, lalu kami mengajarkan beberapa surah al-Quran kepadanya. 
Ketika malam tiba, sementara kami semua tidur tiba-tiba dia bertanya, "Wahai kalian, adakah Zat yang kalian beritahukan kepadaku itu juga tidur?" Kami menjawab, "Dia hidup terus, Maha Mengawasi dan tidak pernah mengantuk atau tidur." Dia berkata,
Ketahuilah, adalah termasuk akhlak yang tercela jika seorang hamba tidur nyenyak di hadapan tuannya." Dia lalu melompat, berdiri untuk mengerjakan solat. Demikianlah, kemudian berqiamulail (solat malam) sambil menangis sehingga tiba waktu subuh.

Ketika sampai di suatu daerah, aku berkata kepadanya kawanku, "laki-laki ini orang asing. Dia baru sahaja memeluk islam, eloklah kita membantunya."
Mereka pun bersedia mengumpul beberapa barang untuk diberikan kepadanya, lalu kami menyerahkan bantuan itu kepadanya. Lalu dia bertanya, "Apa ini?" Kami jawab, "Sekadar infak, kami berikan kepadamu."
Dia berkata, "SubhanAllah, kalian telah menunjukkan kepadaku suatu jalan yang kalian sendiri belum fahami. Selama ini aku hidup di suatu pulau yang dikelilingi lautan, aku menyembah zat lain. Sekalipun demikian, Dia tidak pernah mensia-siakan aku. Dan apakah pantas Zat yang aku sembah sekarang ini, Zat Yang Maha Mencipta dan Zat Maha Memberi rezeki akan membiarkan aku sendiri?" Setelah itu, dia pergi meninggalkan kami.

Beberapa hari kemudian, aku mendapat khabar bahawa lelaki mualaf dari pulau itu kini dalam keadaan nazak. 
Kami segera menziarahinya dan dia sedang menghadapi saat kematian. Setiba disana aku ucapkan salam kepadanya, lalu bertanya, "Katakanlah, apa yang kamu inginkan?" Dia menjawab, "Keinginanku adalah berupa sebuah doa dan itupun telah lama terkabul, iaitu saat kalian datang ke pulau itu, ketika itu aku tidak memahami kepada siapa aku harus menyembah." Kemudian, aku bersandar pada salah satu hujung kainnya untuk menenangkan hatinya, tiba-tiba sahaja aku tertidur. Dalam tidurku aku bermimpi melihat tempat yang diatasnya terdapat kubah disebuah kuburan seorang ahli ibadah. Di bawa kubah terdapat tempat tidur, diatasnya nampak seorang gadis sangat cantik. Gadis itu berkata, "Demi Allah, segeralah mengurus jenazah itu, aku sangat rindu kepadanya." Aku lalu terbangun dan aku mendapati orang tersebut telah meninggal dunia. Aku memandi dan mengapani jenazahnya. Pada malam harinya, saat aku tidur, aku bermimpikannya lagi. Aku melihat dia sangat bahagia, didampingi seorang gadis diatas tempat tidur dibawah kubah sambil bersenandungkan firman Allah.

"(Sambil mengucapkan): 'Salamun Alaikum Bima Sabartum.'
Maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu." (Ar-Ra'd [13]: 24)

Mengundur Kematian..

Pada suatu hari Malaikat Maut mendatangi Ibrahim A.S dan bertanya, "Siapa anak muda yang tadi berjumpa denganmu wahai Ibrahim?" Nabi Ibrahim menjawab, "anak muda tadi maksudnya? Dia sahabat sekaligus muridku." malaikat Maut bertanya kembali, "Ada apa, dia datang menemuimu?" Nabi Ibrahim menjawab, "dia menyampaikan berita bahawa dia akan melangsungkan pernikahannya esok pagi." Malaikat Maut lalu menjawab, "Wahai Ibrahim, sayang sekali, umur pemuda itu tidak akan sampai esok pagi." Setelah berkata seperti itu, Malaikat Maut pergi meninggalkan Ibrahim A.S.

Hampir-hampir sahaja Nabi Ibrahim A.S tergerak untuk memberitahu anak muda tersebut agar menyegerakan pernikahannya malam ini dan memberitahu tentang kematiannya esok. Namun, langkahnya terhenti. Nabi Ibrahim A.S memilih kematian tetap menjadi rahsia Allah.

Esok paginya, Nabi Ibrahim A.S ternyata melihat dan menyaksikan bahawa anak muda tersebut tetap melangsungkan pernikahannya. Bahkan, hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, dan tahun berganti tahun, Nabi Ibrahim A.S melihat anak muda ini panjang umurnya.

Sehingga umur pemuda itu berusia 70 tahun, Nabi Ibrahim A.S bertanya kepada Malaikat maut, adakah dia berbohong tempoh hari sewaktu menyampaikan bahawa anak muda itu umurnya tidak akan  sampai esok pagi? Malaikat Maut menjawab bahawa dirinya memang akan mencabut nyawa anak muda tersebut, tetapi Allah menahannya. "Apa gerangan yang membuat Allah menahan tanganmu untuk tidak mencabut nyawa anak muda tersebut dulu?" 
                                                                      Gambar Hiasan

"Wahai Ibrahim, pada malam menjelang perkahwinannya,
anak muda tersebut menyedekahkan separuh daripada kekayaannya dan ini yang membuat Allah memutuskan untuk memanjangkan umur anak muda tersebut hingga engkau masih melihatnya hidup." 

Setiap yang bernyawa pasti akan mati. Saat ajal seseorang sudah tiba maka manusia tidak boleh mengundurnya atau mempercepatkannya. Mempercepat atau mengundurkan kematian ialah hak Allah. Sedekah adalah salah satu yang dapat mengundurkan kematian, sebagaimana yang dialami oleh pemuda dalam kisah di atas.

Jika seorang muslim melihat kesusahan orang lain di hadapannya, maka dialah yang harus segera menghilangkan kesusahan tersebut. Dialah yang perlu segera memberikan pertolongan kerana apa-apa sahaja kesusahan yang Allah tampakkan di hadapannya adalah untuk memanjangkan umurnya. Jika dia bersedia menolongnya, maka kemungkinan besar Allah akan memanjangkan umurnya.

Tidak ada seorang pun yang mengetahui waktu kematiannya.
Tidak pula mengetahui bagaimanakah situasi saat tiba ajalnya.
Mengeluarkan sedekah bukan sahaja memanjangkan usia, malah memungkinkan dirinya meninggal dalam keadaan baik.
Bersedekah akan mengundang cinta Allah. Jika seseorang sudah dicintai oleh Allah maka tidak ada masalah yang tidak boleh diselesaikan, tidak ada cita-cita yang tidak dikabulkan, tidak ada dosa yang tidak diampunkan dan tidak ada nyawa yang dicabut, kecuali dalam keadaan Husnul Khatimah (pengakhiran yang baik).

Selagi hembusan nafas masih daripada raga setiap muslim, tidak ada alasan untuk tidak memperbanyakkan amalan sedekah. Harta yang dimiliki hakikatnya adalah milik Allah. Sungguh sombong dan bakhil, jika seorang muslim tidak mahu berkongsi sesama muslim. Cukuplah bagi setiap muslim seksaan yang Allah berikan kepada Qarun. Seksaan terhadap Qarun menjadi pengajaran dalam membelanjakan harta yang Allah berikan kepadanya. Ingatlah harta yang dimiliki tidak akan dibawa mati. Amalan solehlah yang menjadi teman sejati saat seorang hamba dipanggil oleh Maha Pencipta. Allah SWT berfiman:

"Allah memegang jiwa(orang) ketika matinya dan (memegang) jiwa (orang) yang belum mati diwaktu tidurnya: Maka, Dia tahanlah jiwa (orang) yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia melepaskan jiwa yang lain sampai waktu yang ditentukan. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir." [Surah Az-Zumar [39]: 42)