Barangsiapa yang ingkar akan diseksa dan dibunuh. Begitulah kejamnya Firaun dan kerajaannya.
Namun begitu, terdapat beberapa orang yang telah sedar dan beriman kepada Allah. Di antara Asiah, Isteri Firaun dan keluarga Masyitah.
Masyitah adalah pelayan di istana raja dan lebih terkenal sebagai tukang sikat Firaun. Mereka terpaksa menyembunyikan iman mereka kepada Allah supaya dengan itu mereka tidak akan diganggu.
Tetapi pada suatu hari, sewaktu Masyitah sedang menyikat rambut salah seorang daripada puteri Firaun, tiba-tiba sikat itu terjatuh dan dia dengan tidak sengaja melatah dan menyebut Allah.
Puteri tersebut apabila mendengar perkataan Allah, dia lalu bertanya kepada Masyitah siapakah Allah itu.
Masyitah pada mulanya enggan untuk menjawab pertanyaan itu tetapi setelah didesak berkali-kali, Masyitah memberitahu bahawa Allah itu adalah "Tuhan Yang Esa dan Tuhan sekalian alam."
Puteri itu dengan serta-merta mengadu kepada Firaun akan perihal Masyitah.
Firaun begitu terperanjat apabila mendengar Masyitah menyembah Tuhan selain daripadanya.
Maka Firaun dengan kekuasaan yang ada padanya telah memerintahkan menterinya yang bernama Hamman untuk membunuh Masyitah dan kaum keluarganya yang telah menyembah Allah.
Firaun sedikit pun tidak mengenang jasa Masyitah terhadap keluarganya.
Selain menjadi tukang sikat, Masyitah juga mengasuh dan menguruskan istana Firaun.
Tetapi tanpa usul periksa dan begitu kejam, Firaun menjatuhkan hukuman kepada Masyitah.
Inilah masanya untuk menguji Masyitah, seorang wanita yang lemah fizikalnya tetapi memiliki kekuatan jiwa yang begitu luar biasa.
Gambar Hiasan
Beliau dengan lapang dada menerima apa sahaja yang hendak dilakukan oleh manusia yang tidak Berhati Perut itu.
Hamman telah memaksa semua pengawalnya supaya menyediakan sebuah kawah yang besar untuk mencampakkan Masyitah dan keluarganya yang ingkar pada Firaun seandainya mereka tidak mahu kembali menyembahnya.
Masyitah bersama suami dan empat orang anaknya termasuk seorang anaknya yang masih bayi dihadapkan ke hadapan Firaun untuk diberi kata dua sama ada hendak menyembah Firaun atau dicampakkan ke dalam kawah yang berisi air panas yang mendidih.
Maka dengan tegas, Masyitah dan suaminya tetap pertahankan keimanan mereka dengan mengatakan "Allah itulah Tuhan yang Esa dan Firaun hanyalah manusia biasa."
Dengan keputusan itu, Hamman dengan tanpa perikemanusiaan mencampak satu persatu keluarga Masyitah kedalam kawah yang berisi air panas yang mendidih.
Sambil ketawa terbahak-bahak dengan nada menyindir, Hamman mencampakkan suami Masyitah dahulu lalu diikuti dengan anak-anaknya yang lain.
Masyitah melihat dengan mata kepalanya sendiri bagaimana anak-anaknya terkapai-kapai didalam air yang panas menggelegak.
Kini, tinggal Masyitah dan bayinya yang akan dicampakkan ke dalam kawah tersebut.
Syaitan membisikkan ke telinga Masyitah perasaan was-was dan kasihan melihat anaknya yang masih kecil itu diseksa sedemikian rupa.
Masyitah mulai ragu-ragu sama ada hendak terjun atau tidak.
Tetapi dengan Kekuasaan Allah, tiba-tiba anak yang masih bayi itu berkata kepada ibunya, Masyitah: "Wahai ibu, marilah kita menyusuli ayah. Sesungguhnya syurga sedang menanti kita."
Bila mendengarkan kata-kata yang amat ajaib dari anaknya yang masih bayi, dengan rasa kehambaan dan CINTA kepada Allah,
Masyitah terjun bersama anaknya ke dalam kawah yang berisi air panas dan syahidlah mereka sekeluarga demi mempertahankan iman mereka kepada Allah.
Tetapi Allah tidak membiarkan manusia yang melakukan Durjana sesuka hati terlepas begitu sahaja.
Allah mendatangkan kepada Firaun, Hamman dan para pengawal yang membunuh Masyitah dengan azab seksa yang amat pedih.
Allah meruntuhkan kerajaan Firaun dan hamman mati dalam runtuhan tersebut.
Tentera dan para pengawalnya ditenggelamkan di dalam dasar lautan. Mereka mati di dalam keadaan Kafir.
Sebaliknya, Masyitah sekeluarga mati di dalam keadaan mulia dan bahagia di dalam syurga.
Sewaktu Rasulullah S.A.W mengalami Israk dan Mikraj, baginda telah melalui sebuah makam. Makam itu sangat wangi dengan bauan Kasturi.
Lantas Rasulullah S.A.W bertanya kepada Jibril yang mengiringinya. Maka jawab Jibril: "Itulah makam Masyitah, salah seorang wanita penghulu syurga."
Begitulah keistimewaan yang Allah berikan kepada Masyitah. Walaupun tubuhnya dan tubuh keluarganya hancur, namun disisi Allah mereka amat mulia.