Selasa, 19 Mac 2013

KISAH ASAL USUL HAJAR ASWAD..


Ketika Nabi Ibrahim AS bersama anaknya membina Kaabah banyak kekurangan yang dialaminya. Pada mulanya Kaabah itu tidak ada bumbung dan pintu masuk.
Nabi Ibrahim AS bersama Nabi Ismail bertungkus lumus untuk menjayakan pembinaannya dengan mengangkut batu dari berbagai gunung.

Dalam sebuah kisah disebutkan apabila pembinaan Kaabah itu selesai, ternyata Nabi Ibrahim masih merasakan kekurangan sebuah batu lagi untuk diletakkan di Kaabah.

Nabi Ibrahim berkata kepada Nabi Ismail : "Pergilah engkau mencari sebuah batu yang akan aku letakkan sebagai penanda bagi manusia."

Kemudian Nabi Ismail AS pun pergi dari satu bukit ke satu bukit untuk mencari batu yang baik dan sesuai. Ketika Nabi Ismail AS sedang mencari batu di sebuah bukit, tiba-tiba datang malaikat Jibril AS memberikan sebuah batu yang cantik. Nabi Ismail dengan segera membawa batu itu kepada Nabi Ibrahim AS, Nabi Ibrahim AS merasa gembira melihat batu yang sungguh cantik itu, beliau menciumnya beberapa kali. Kemudian Nabi Ibrahim AS bertanya : "Dari mana kamu dapat batu ini?"
Nabi Ismail berkata : "Batu ini kuterima daripada yang tidak memberatkan cucuku dan cucumu (Jibril)."

Nabi Ibrahim mencium lagi batu itu dan diikuti oleh Nabi Ismail AS sehingga sekarang Hajar Aswad itu dicium oleh orang-orang yang pergi ke Baitullah. Siapa sahaja yang bertawaf di Kaabah disunnahkan mencium Hajar Aswad. Beratus ribu kaum muslimin berebut ingin mencium Hajar Aswad itu, yang tidak mencium cukuplah dengan memberikan isyarat lambaian tangan sahaja.

Ada riwayat mengatakan bahawa dulunya batu Hajar Aswad itu putih bersih tetapi akibat dari dicium oleh setiap orang yang datang menziarahi Kaabah, ia menjadi hitam seperti yang terdapat sekarang. Wallahu a'lam.

Apabila menusia mencium batu itu maka timbullah perasaan seolah-olah mencium ciuman Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Ingatlah wahai saudara-saudaraku, Hajar Aswad itu merupakan tempat diperkenan doa. Bagi yang ada kelapangan, berdoalah di sana, InsyaALLAH doanya akan dikabulkan oleh Allah. Jagalah hati kita sewaktu mencium Hajar Aswad supaya tidak menyekutukan Allah, sebab tipu daya syaitan kuat di Tanah Suci Mekah.

Ingatlah kata-kata Khalifah Umar bin Al-Khattab apabila beliau mencium batu itu (Hajar Aswad) : "Aku tahu, sesungguhnya engkau hanyalah batu biasa. Andaikan aku tidak melihat Rasulullah SAW menciummu, sudah tentu aku tidak akan melakukan (mencium Hajar Aswad)."

Rabu, 13 Mac 2013

KISAH PALSU TENTANG MALAIKAT HARUT DAN MARUT

Banyak kisah-kisah tentang turunnya malaikat Harut dan Marut ke bumi, di samping itu banyak pula di antara cerita itu yang melampau dan tidak sesuai dengan sifat-sifat malaikat itu sendiri. Di antara kisah itu adalah seperti berikut :


Apabila Allah SWT memaklumkan kepada para malaikat bahawa Dia akan menjadikan manusia sebagai Khalifah di muka bumi, maka dengan serta merta para malaikat bertanya kehairanan. Pertanyaan malaikat itu diturunkan oleh Allah di dalam al-Quran:

"Mengapa Engkau hendak menjadikan Khalifah di bumi itu, orang yang akan membuat kerosakan dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan menSucikan Engkau?"

Mendengar reaksi malaikat itu, Allah meminta kepada mereka untuk memilih dua di antara mereka ke bumi untuk diuji ketaatan mereka di bumi. Para malaikat memilih Harut dan Marut, akhirnya mereka diturunkan ke bumi.

Di bumi kedua malaikat ini didatangi oleh seorang perempuan yang cantik dan sungguh memikat hati, kedua malaikat ini tergoda dan mereka mengajak wanita itu tinggal bersama mereka. Tetapi wanita itu menolak, dengan berkata : "Kalau kamu mahu menyekutukan Allah, saya akan menerima ajakan kamu."

Kedua malaikat menolak tawaran itu, kemudian perempuan itu menghilangkan diri bagi satu masa yang agak lama. Setelah sekian lama wanita itu datang lagi dengan membawa seorang bayi dengan berkata : "Aku akan menerima ajakan kamu, kalau kamu sanggup membunuh anak kecil ini." 
Kedua malaikat tetap menolak dan wanita itupun pergi menghilangkan diri. Kemudian setelah beberapa lama, wanita itu datang semula dengan membawa arak lalu dia berkata : "Kalau kamu mahu minum arak ini saya akan menerima perlawaan kamu."

Akhirnya kedua malaikat itu menerima tawaran itu, kedua mereka lalu minum arak hingga tidak sedarkan diri, bukan setakat itu sahaja, bahkan keduanya menerima tawaran menyekutukan Allah, membunuh bayi dan melakukan zina. 

Kisah-kisah ini banyak disebutkan di dalam kitab-kitab tetapi ianya adalah keterangan yang palsu dan tidak benar sama sekali. Ini kerana kita juga memang mengetahui kejadian malaikat yang tidak makan, minum, tidur, dan tidak mempunyai hawa nafsu dan selalu taat kepada Allah.

Firman Allah :
"Mereka (para Malaikat) itu tiada menderhakai Allah tentang apa-apa yang disuruhNya dan melakukan apa-apa yang diperintahkan." [Surah At-Tahrim: ayat 6]


WALLAHUA'LAM.

Sumber dari buku: Himpunan Kisah-kisah Teladan.

Selasa, 5 Mac 2013

Rahsia Khusyuk Dalam Solat..


Seorang ahli ibadah bernama isam bin Yusuf, dia sangat warak dan sangat khusyuk solatnya. namun dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasanya kurang khusyuk.

Pada suatu hari isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Isam dan bertanya :
"Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?" 
Hatim berkata : "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhuk zahir dan batin."
Isam bertanya : "Bagaimana wudhuk zahir dan batin itu?"

Hatim berkata : "Wudhuk zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wudhuk dengan air. Sementara wudhuk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-

1. Bertaubat.

2. Menyesali dosa yang telah dilakukan.

3. Tidak tergila-gilakan dunia.

4. Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')

5. Tinggalkan sifat berbangga.

6. Tinggalkan sifat khianat dan menipu.

7. meninggalkan sifat menipu."

Seterusnya Hatim berkata : 

Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah ada dihadapanku, syurga disebelah kananku, neraka disebelah kiriku, malaikat maut berada dibelakangku. Dan aku bayangkan pula bahawa aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Sirratul Mustaqim' dan aku menganggap bahawa solat kukali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.

Setiap bacaan dan doa dalam solat kufaham maknanya, kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahhud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."

Apabila Isam mendengar menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

Ahad, 3 Mac 2013

Kisah Cinta Saidina Ali Dan Fatimah Az-Zahra ♥


Dipendamkan di dalam hatinya, yang tidak diceritakan kepada sesiapa tentang perasaan hatinya. Tertarik dirinya seorang gadis, yang punya peribadi tinggi, paras yang cantik, kecekalan yang kuat, apatah lagi ibadahnya, hasil didikan ayahnya yang dicintai oleh umat manusia, yakni Rasulullah S.A.W. Itulah Fatimah Az-Zahrah, puteri kesayangan Nabi Muhammad, serikandi berperibadi mulia. Dia sedar, dirinya tidak punya apa-apa, untuk meminang puteri Rasulullah. Hanya usaha dengan bekerja supaya dapat merealisasikan cintanya. Itulah Ali, sepupu baginda sendiri. Sehingga beliau tersentap, mendengar perkhabaran bahawa sahabat mulia nabi, Abu Bakar As-Siddiq, melamar Fatimah.

”Allah mengujiku rupanya”, begitu batin ’Ali. Ia merasa diuji kerana merasa apalah dia dibanding Abu Bakar. Kedudukan di sisi Nabi? Abu Bakr lebih utama, mungkin dia bukan kerabat dekat Nabi seperti ’Ali, namun keimanan dan pembelaannya pada Allah dan RasulNya tak tertandingi. Lihatlah bagaimana Abu Bakr menjadi kawan perjalanan Nabi dalam hijrah sementara ’Ali bertugas menggantikan beliau untuk menanti maut di ranjangnya.Lihatlah juga bagaimana Abu Bakr berda’wah. Lihatlah berapa banyak tokoh bangsawan dan saudagar Makkah yang masuk Islam karena sentuhan Abu Bakar; ’Utsman, ’Abdurrahman ibn ’Auf, Thalhah, Zubair, Sa’d ibn Abi Waqqash, Mush’ab. Ini yang tak mungkin dilakukan kanak-kanak kurang pergaulan seperti ’Ali. Lihatlah berapa banyak budak muslim yang dibebaskan dan para faqir yang dibela Abu Bakar; Bilal, Khabbab, keluarga Yassir, ’Abdullah ibn Mas’ud. Dan siapa budak yang dibebaskan ’Ali?Dari segi kewangan, Abu Bakar sang saudagar, insyaallah lebih bisa membahagiakan Fathimah.’Ali hanya pemuda miskin dari keluarga miskin.

”Inilah persaudaraan dan cinta”, gumam ’Ali.
”Aku mengutamakan Abu Bakr atas diriku, aku mengutamakan kebahagiaan Fathimah atas cintaku.”

Namun, sinar masih ada buatnya. Perkhabaran diterima bahawa pinangan Abu Bakar ditolah baik oleh Nabi. Ini menaikkan semangat beliau untuk berusaha mempersiapkan diri. Tapi, ujian itu bukan setakat disitu, kali ini perkhabaran lain diterima olehnya. Umar Al-Khatab, seorang sahabat gagah perkasa, menggerunkan musuh islam, dan dia pula cuba meminang Fatimah. Seorang lelaki yang terang-terangan mengisytiharkan keislamannya, yang nyata membuatkan muslimin dan muslimat ketika itu yang dilanda ketakutan oleh tentangan kafir quraisy mula berani mendongak muka, seorang lelaki yang membuatkan syaitan berlari ketakutan.

Ya, Al Faruq, sang pemisah kebenaran dan kebathilan itu juga datang melamar Fathimah. Ali mendengar sendiri betapa seringnya Nabi berkata, ”Aku datang bersama Abu Bakr dan ’Umar, aku keluar bersama Abu Bakr dan ’Umar, aku masuk bersama Abu Bakr dan ’Umar”. Betapa tinggi kedudukannya di sisi Rasul, di sisi ayah Fathimah. Ali redha kerana dia tahu Umar lagi layak darinya. Tetapi, sekali lagi peluang terbuka, tatkala perkhabaran diterimanya, bahawa pinangan Umar juga ditolak. Bagaimanakah sebenarnya menantu pilihan nabi, sedangkan dua sahabat baginda turut ditolak peminangannya?

Pada suatu hari Abu Bakar As-Shiddiq r.a. Umar Ibnul Khatab r.a. dan Sa’ad bin Mu’adz bersama-sama Rasul Allah s.a.w. duduk dalam masjid. Pada kesempatan itu diperbincangkan antara lain persoalan puteri Rasul Allah s.a.w. Saat itu baginda bertanya kepada Abu Bakar As-Shiddiq r.a “Apakah engkau bersedia menyampaikan persoalan Fatimah itu kepada Ali bin Abi Thalib?”

Abu Bakar As-Shiddiq menyatakan kesediaanya. Ia beranjak untuk menghubungi Ali r.a. Sewaktu Ali r.a. melihat datangnya Abu Bakar As-Shiddiq r.a. dgn tergopoh-gopoh dan terperanjat ia menyambutnya kemudian bertanya: “Anda datang membawa berita apa?”

Setelah duduk beristirahat sejenak Abu Bakar As-Shiddiq r.a. segera menjelaskan persoalannya: “Hai Ali engkau adalah orang pertama yg beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta mempunyai keutamaan lebih dibanding dengan orang lain. Semua sifat utama ada pada dirimu. Demikian pula engkau adalah kerabat Rasul Allah s.a.w. Beberapa orang sahabat terkemuka telah menyampaikan lamaran kepada baginda untuk mempersunting puteri beliau. Lamaran itu telah beliau semua tolak. Beliau mengemukakan bahawa persoalan puterinya diserahkan kepada Allah s.w.t. Akan tetapi hai Ali apa sebab hingga sekarang engkau belum pernah menyebut-nyebut puteri beliau itu dan mengapa engkau tidak melamar untuk dirimu sendiri? Kuharap semoga Allah dan RasulNya akan menahan puteri itu untukmu.”

Mendengar perkataan Abu Bakar r.a. mata Saidina Ali r.a. berlinang air mata. Menanggapi kata-kata itu, Ali r.a. berkata: “Hai Abu Bakar, anda telah membuatkan hatiku bergoncang yang semulanya tenang. Anda telah mengingatkan sesuatu yang sudah kulupakan. Demi Allah aku memang menghendaki Fatimah tetapi yang menjadi penghalang satu-satunya bagiku ialah kerana aku tidak mempunyai apa-apa.”

Abu Bakar r.a. terharu mendengar jawapan Ali itu. Untuk membesarkan dan menguatkan hati Imam Ali r.a. Abu Bakar r.a. berkata: “Hai Ali, janganlah engkau berkata seperti itu. Bagi Allah dan Rasul-Nya dunia dan seisinya ini hanyalah ibarat debu bertaburan belaka!”

Setelah berlangsung dialog seperlunya Abu Bakar r.a. berhasil mendorong keberanian Imam Ali r.a. untuk melamar puteri Rasul Allah s.a.w.

Beberapa waktu kemudian Saidina Ali r.a. datang menghadap Rasul Allah s.a.w. yg ketika itu sedang berada di tempat kediaman Ummu Salmah. Mendengar pintu diketuk orang, Ummu Salmah bertanya kepada Rasulullah s.a.w.: “Siapakah yg mengetuk pintu?” Rasul Allah s.a.w. menjawab: “Bangunlah dan bukakan pintu baginya. Dia orang yang dicintai Allah dan RasulNya dan ia pun mencintai Allah dan Rasul-Nya!”

Jawapan Nabi Muhammad s.a.w. itu belum memuaskan Ummu Salmah r.a. Ia bertanya lagi: “Ya tetapi siapakah dia itu?”

“Dia saudaraku orang kesayanganku!” jawab Nabi Muhammad s.a.w.

Tercantum dalam banyak riwayat bahawa Ummu Salmah di kemudian hari mengisahkan pengalamannya sendiri mengenai kunjungan Saidina Ali r.a. kepada Nabi Muhammad s.a.w. itu: “Aku berdiri cepat-cepat menuju ke pintu sampai kakiku terantuk-antuk. Setelah pintu kubuka ternyata orang yang datang itu ialah Ali bin Abi Thalib. Aku lalu kembali ke tempat semula. Ia masuk kemudian mengucapkan salam dan dijawab oleh Rasul Allah s.a.w. Ia dipersilakan duduk di depan beliau. Ali bin Abi Thalib menundukkan kepala seolah-olah mempunyai maksud tetapi malu hendak mengutarakannya.

Rasul Allah mendahului berkata: “Hai Ali nampaknya engkau mempunyai suatu keperluan. Katakanlah apa yang ada dalam fikiranmu. Apa saja yang engkau perlukan akan kau peroleh dariku!”

Mendengar kata-kata Rasul Allah s.a.w. yang demikian itu lahirlah keberanian Ali bin Abi Thalib untuk berkata: “Maafkanlah ya Rasul Allah. Anda tentu ingat bahawa anda telah mengambil aku dari pakcikmu Abu Thalib dan makcikmu Fatimah binti Asad di kala aku masih kanak-kanak dan belum mengerti apa-apa.

Sesungguhnya Allah telah memberi hidayat kepadaku melalui anda juga. Dan anda ya Rasul Allah adl tempat aku bernaung dan anda jugalah yang menjadi wasilahku di dunia dan akhirat. Setelah Allah membesarkan diriku dan sekarang menjadi dewasa aku ingin berumah tangga; hidup bersama seorang isteri. Sekarang aku datang menghadap untuk melamar puteri anda Fatimah. Ya Rasul Allah apakah anda berkenan menyetujui dan menikahkan diriku dengan Fatimah?”

Ummu Salmah melanjutkan kisahnya: “Saat itu kulihat wajah Rasul Allah nampak berseri-seri. Sambil tersenyum beliau berkata kepada Ali bin Abi Thalib: “Hai Ali apakah engkau mempunyai suatu bekal mas kahwin?” .

“Demi Allah” jawab Ali bin Abi Thalib dengan terus terang “Anda sendiri mengetahui bagaimana keadaanku tak ada sesuatu tentang diriku yg tidak anda ketahui. Aku tidak mempunyai apa-apa selain sebuah baju besi sebilah pedang dan seekor unta.”

“Tentang pedangmu itu” kata Rasul Allah s.a.w. menanggapi jawapan Ali bin Abi Thalib “engkau tetap memerlukannya untuk perjuangan di jalan Allah. Dan untamu itu engkau juga perlu buat keperluan mengambil air bagi keluargamu dan juga engkau memerlukannya dalam perjalanan jauh. Oleh kerana itu aku hendak menikahkan engkau hanya atas dasar mas kahwin sebuah baju besi saja. Aku puas menerima barang itu dari tanganmu. Hai Ali engkau wajib bergembira sebab Allah ‘Azza wa*jalla sebenarnya sudah lebih dahulu menikahkan engkau di langit sebelum aku menikahkan engkau di bumi!” Demikian riwayat yang diceritakan Ummu Salmah r.a.

Setelah segala-galanya siap dengan perasaan puas dan hati gembira dgn disaksikan oleh para sahabat Rasul Allah s.a.w. mengucapkan kata-kata ijab kabul pernikahan puterinya: “Bahwasanya Allah s.w.t. memerintahkan aku supaya menikahkan engkau Fatimah atas dasar mas kahwin 400 dirham. Mudah-mudahan engkau dapat menerima hal itu.”

“Ya Rasul Allah, itu kuterima dgn baik” jawab Ali bin Abi Thalib r.a. dalam pernikahan itu.



Inilah jalan cinta para pejuang. Jalan yang mempertemukan cinta dan semua perasaan dengan tanggungjawab.

Cinta tak pernah meminta untuk menanti.
Seperti ’Ali.
Ia mempersilakan.
Atau mengambil kesempatan.
Yang pertama adalah pengorbanan.
Yang kedua adalah keberanian.

Dan ternyata tak kurang juga yang dilakukan oleh Puteri Sang Nabi, dalam suatu riwayat dikisahkan, bahwa suatu hari, Fathimah berkata kepada ‘Ali:
“Maafkan aku, karena sebelum menikah denganmu. Aku pernah satu kali merasakan jatuh cinta pada seorang pemuda” ‘Ali terkejut dan berkata, “Jikalau begitu, mengapakah engkau mahu menikah denganku? Dan Siapakah pemuda itu”
Sambil tersenyum Fathimah berkata, “Ya, kerana pemuda itu adalah Dirimu”

Jumaat, 18 Januari 2013

Padah Membuka Aurat..


ALLAH SWT telah pun memperincikan tentang mahram dan golongan yang boleh melihat aurat wanita (seperti rambut) dan anggota zahir wanita (dengan pakaian biasa seperti di rumah), iaitu bapa, datuk dan ke atas, abang, bapa saudara, anak saudara, anak tiri, menantu, cucu dan wanita-wanita seIslam yang lain.

Firman ALLAH SWT:
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya mereka menyekat pandangan (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh kecuali yang zahir daripadanya. Hendaklah mereka menutup belahan leher baju dengan tudung kepala. Janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh melainkan kepada suami mereka, bapa mereka, bapa mertua mereka, anak-anak mereka, anak-anak tiri mereka, adik-beradik mereka, anak bagi adik-beradik meraka yang lelaki, anak bagi adik-beradik mereka yang perempuan, perempuan-perempuan Islam, hamba-hamba mereka, orang gaji daripada orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan dan kanak-kanak yang belum mengerti tentang aurat perempuan. Janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada ALLAH wahai orang yang beriman, supaya kamu berjaya." [Surah An Nur Ayat 31]

Berdasarkan ayat ini, maka selain daripada yang disenaraikan ini, tidaklah termasuk mahram. Maka wanita wajib berpakaian lengkap dengan menutup aurat iaitu seluruh tubuh kecuali muka dan tangan di hadapan mereka. Wanita yang tidak menjaga batasan ini, mereka tidak akan dirahmati oleh ALLAH dan kehidupan tidak mendapat keberkatan. Di akhirat kelak, mereka akan diazab oleh ALLAH SWT dengan azab yang pedih.

Kisah yang berlaku terhadap seorang wanita ini pada musim panas di Kaherah, Mesir wajar dijadikan iktibar agar kaum wanita menjaga kesopanan terutama ketika berpakaian supaya tidak terjadi seperti apa yang dilihat oleh Rasulullah SAW.

Satu perjalanan jauh dari Kaherah ke Alexandria  dengan sebuah bas memakan masa yang lama. Di dalam bas itu terdapat seorang wanita muda berpakaian yang tidak menutup aurat dan sudah tentu dia menjadi perhatian penumpang lain. Barangkali kerana ramai yang menutup aurat di dalam kenderaan itu, maka wanita itu mengambil keputusan duduk di hujung kerusi berhampiran pintu keluar.

Seorang lelaki separuh usia yang kebetulan duduk berhampirannya menegur perbuatan wanita muda itu dengan lembut bicaranya.

"Maafkan pakcik kerana hendak menegur pakaian anak. Pakcik rasa anak tidak sepatutnya berpakaian seperti ini kerana ia melanggar hukum agama dan boleh mengakibatkan sesuatu yang tidak baik terjadi kepada anak sendiri," ujar lelaki separuh usia itu secara berhemah.

Namun, wanita muda itu berasa tersinggung dengan teguran tersebut dan tidak boleh menerimanya. Dia memandang lelaki tua itu dengan wajah menahan marah lalu berkata, "Berpakaian adalah hak saya dan pakcik sudah menganggu keselesaan saya!"  

Lelaki tua itu terdiam seketika sebelum wanita itu berteriak dan dengan lantang bersuara, "Jika memang tuan mahu, ini pensel saya. Tolong tempahkan untuk saya, tempatkan di neraka TUHAN anda!" Wanita itu lantas menghulurkan pensel kepada lelaki separuh usia itu seolah-olah mencabarnya.

Teriakkannya yang kuat itu menyebabkan penumpang lain menoleh ke arah wanita muda itu. Lelaki itu hanya mampu beristighfar berkali-kali sambil mengucapkan kalimah-kalimah ALLAH yang tidak didengari butirannya.

Selepas kejadian itu, suasana di dalam bas tersebut menjadi sepi. Ada penumpang yang terlena, begitu juga dengan wanita muda yang berang tadi.

Sesampai di terminal bas, semua penumpang bersiap-siap untuk turun tetapi terhalang apabila melihat 'sesuatu' . Apa tidaknya, wanita itu kelihatan masih lena. seorang penumpang menyarankan agar wanita itu dikejutkan tetapi setelah dikejutkan  berkali-kali, ternyata wanita itu tidak mahu bangun. Setelah dirasa nadinya, ternyata wanita tadi sudah menemui ajal. Penumpang lain hanya mampu beristighfar kerana baru sebentar tadi wanita malang itu mencabar supaya menulis namanya agar ditempatkan di neraka. Ternyata, dia mati dalam keadaan menentang ALLAH. Nauzubillah..  

Rabu, 16 Januari 2013

Jaga Lidah, Berkatalah Yang Baik...


Lidah walaupun lembut tidak bertulang tetapi mempunyai pengaruh besar dalam kehidupan kita. Peranan lidah dalam mencorakkan keperibadian kita amat jelas melalui tutur kata yang dilafazkan.
Berpunca dari lidah, kita akan menuturkan kata-kata lucah, keji, marah, mencela, mengutuk, memfitnah ataupun mengumpat.

Kita juga sering diingatkan supaya hanya berkata-kata mengenai perkara yang membawa kebaikan dan berdiam jika mahu memperkatakan perkara-perkara yang boleh mendatangkan dosa. Hal ini ditegaskan oleh Bukhari dan Muslim, Rasulullah SAW berpesan,
"Sesiapa yang beriman kepada ALLAH dan hari kemudian, hendaklah dia mengucapkan perkataan yang baik-baik dan kalau tidak, hendaklah dia diam."

Hadis ini menjelaskan kepada kita bahawa menjaga lidah itu penting supaya apabila bercakap biarlah perkara-perkara yang berfaedah dan membawa kebaikan sahaja.  jika selain daripada itu, lebih baik berdiam diri sahaja.

Pada suatu ketika, Rasulullah SAW ditanya oleh seorang sahabat.

"Ya Rasulullah, apakah amal perbuatan yang membolehkan seseorang itu masuk syurga?"

Rasulullah SAW menjawab, "Taqwa kepada ALLAH dan berakhlak baik."

"Apakah pula yang menyebabkan seseorang itu dihumban ke neraka ya Rasulullah? Tanya seorang sahabat lain.

"Kejahatan mulut dan kemaluannya."

Kemudian melalui hadis oleh Ibnu Abib Dunya, Rasulullah SAW berpesan, 
"Sesiapa yang dapat mengawal lidah (daripada memperkatakan kehormatan orang) ALLAH akan menutup perbuatan yang memalukannya. Sesiapa yang menahan kemarahannya, ALLAH akan melindungi daripada seksaan-NYA. Dan sesiapa yang meminta kelonggarannya, ALLAH akan menerima permintaan kelonggarannya."

Seterusnya Rasulullah SAW mengingatkan melalui hadis oleh Ibnu Abid Dunya, katanya, "Tidak akan lurus iman seseorang hamba sehingga lurus pula hatinya dan tidak akan lurus hatinya sehingga lurus pula lidahnya. Dan seseorang hamba tidak akan masuk syurga selagi tetangga belum aman daripada kejahatannya."

ALLAH jadikan manusia dengan sebaik-baik ciptaan, dikurniakan lidah untuk bercakap yang baik-baik tetapi banyak disalah guna sehinggakan percakapan mengundang dosa. Oleh itu peliharalah lidah supaya tidak digunakan dengan bercakap perkara-perkara yang boleh menyebabkan kehinaan pada diri sendiri.

Selasa, 15 Januari 2013

Hamba Kesayangan ALLAH...


Beranikah kita mengaku kita ini hamba kesayangan ALLAH sekiranya amal dan perbuatan tidak menepati apa yang disyariatkan oleh agama? Cukupkah dengan hanya tidak meninggalkan solat, berpuasa pada bulan ramadhan dan meninggalkan perkara-perkara yang dilarang oleh agama?

Sesetengah orang berpendapat, apabila seseorang itu ditimpa musibah, penyakit atau dugaan yang amat hebat, itu tandanya ALLAH sayang kepadanya kerana ALLAH tidak mahu hamba-NYA terus terleka sebaliknya segera menginsafi diri.

Bagaimana pula dengan hamba-hamba-NYA yang tidak diduga dengan penyakit atau sebarang musibah, apakah itu tanda ALLAH tidak sayang kepada mereka?

Sebuah hadis oleh at-Tabrani, Rasulullah SAW berkata, 
"Apabila ALLAH mahukan kebaikan terhadap seseorang hamba-NYA, DIA terus mempercepatkan balasan kesalahannya di dunia ini lagi dan sebaliknya apabila ALLAH mahukan keburukan terhadap seseorang hamba-NYA, DIA tidak membalas perbuatannya yang berdosa di dunia ini sehinggalah DIA membalaskan nanti pada hari kiamat."

Daripada penjelasan hadis ini, sekurang-kurangnya kita dapat membuat penilaian awal adakah kita hamba-NYA yang disayangi. ALLAH memberikan ujian bertujuan agar kita dapat membetulkan kesilapan dan kembali ke pangkal jalan.

Berbeza dengan hamba-NYA yang dibenci ALLAH, DIA akan membiarkan hamba-NYA itu bergelumang dengan dosa dan maksiat di mana mereka terus lalai dari mengikuti segala perintah dan larangan.

Bagaimanapun ramai juga yang diuji ALLAH dengan dugaan, menjadi tidak redha. Malah, menuduh ALLAH tidak sayangkan mereka sedangkan ujian itulah tanda ALLAH sayang kepada hamba-NYA berbanding mereka yang terus dibiarkan lalai dengan nikmat kehidupan dan tidak mahu bertaubat.

Ketahuilah bahawa apabila ALLAH menghendaki kebaikan kepada seseorang, nescaya DIA akan bukakan kunci hatinya dan mengisikannya dengan keyakinan dan kepercayaan yang kukuh, DIA jadikan hatinya waspada perhadap liku-liku hidup yang dijalani, DIA jadikan hatinya sihat sejahtera, lidahnya bercakap benar dan perangainya lurus serta DIA jadikan telinganya mendengar dan matanya melihat.

Bertakwalah kepada ALLAH dan jangan sedikit pun memandang kecil kepada kerja kebajikan walaupun sekadar mencurahkan air dari timba ke dalam bekas orang yang meminta air dan bertemu saudara dengan wajah yang riang.
Andai ada orang yang memaki dan mencaci dengan sifat yang tidak ada pada kita, janganlah mencacinya  dengan sifat yang ada padanya, biarlah dia menanggung padah dan kita mendapat pahala dan usahlah memaki seseorang yang lain.

Selain itu kita di ingatkan supaya tidak memandang remeh kerja-kerja kebajikan. Walaupun nampak biasa tetapi perbuatan itu seperti menuangkan air ke dalam timba orang lain yang sangat memerlukan.

Jagalah diri daripada perkara yang haram nescaya kita akan menjadi manusia yang bertakwa dan terimalah dengan penuh kerelaan pembahagian yang telah ditentukan ALLAH nescaya kita akan menjadi manusia yang kaya.
Berbudilah kepada jiran nescaya kita akan menjadi mukmin yang sebenar dan cintailah kepada orang lain apa yang dicintai oleh kita untuk diri sendiri nescaya kita akan menjadi muslim yang sebenar dan janganlah banyak ketawa kerana banyak ketawa mematikan hati.